Friday, January 27, 2012

Tiada Arak untuk Thaipusam



Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menggesa pihak berkuasa melarang jualan arak semasa upacara Thaipusam pada 7 Feb ini.

Pegawai pendidikan CAP, N.V. Subbarow berkata beberapa tahun kebelakangan ini restoran, kedai dan gerai mengambil kesempatan menjual arak di sepanjang jalan dilalui oleh pedati dan pembawa 'kavadi'.

"Thaipusam adalah pesta agama. Jualan arak bukan sahaja boleh menyebabkan keadaan tidak selesa dan mengganggu penganut tetapi juga menimbulkan aib kepada seluruh pesta tersebut," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu Presiden Persatuan Hindu Sangam Malaysia cawangan George Town V.Palanisamy berkata Jabatan Kastam perlu bertindak menyekat segala kegiatan tidak sihat semasa sambutan Thaipusam.

- Bernama

No comments:

Post a Comment