Kalau masa mak/bapak budak ni tengah buang bayi ni depan aku, siap korang...Aku pulak tanggalkan kepala, cincang 80 potongan. Apa jenis manusia ni? anjing pun sayangkan anak. Apa taraf korang yang buang anak?
Seorang pekerja kontrak tergamam apabila menemui mayat bayi tanpa kepala dan kaki kanan di dalam sungai, tengah hari semalam.
Mayat bayi yang disyaki dibuang ke Sungai Hulu Klang itu dipercayai dimakan binatang, menyebabkan sebahagian cebisan tubuhnya hanyut dibawa arus.
Saksi kejadian yang juga pekerja kontraktor, Roslan Ashari, 40, berkata dia datang ke sungai itu bersendirian untuk menjala ikan seperti dilakukan setiap hujung minggu.
Dia yang turun di tebing sungai berhampiran Lorong Embun 3, Kuala Ampang, di sini, terkejut melihat objek menyerupai anak patung terdampar berhampiran batu di sungai itu.
“Mulanya saya sangka ia anak patung sebelum pergi melihatnya dengan lebih dekat.
“Saya terkejut mendapati ia mayat bayi tanpa kepala dan kaki kiri. Keadaan mayat bayi itu hitam dan membengkak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, dia segera naik ke tebing untuk memaklumkan kejadian itu kepada seorang penduduk kampung yang kemudian menghubungi polis.
“Saya tak pasti jantina bayi itu kerana mayatnya hampir reput. Malah, saya cuba mencari kepala bayi itu bersama anggota polis di kawasan berhampiran sungai tetapi gagal.
“Sesiapa yang tergamak membuang dan membunuh bayi yang baru dilahirkan itu ke sungai memang tidak berperikemanusiaan,” katanya.
Sementara itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bergegas ke lokasi kejadian untuk menyiasat kejadian, selain berusaha mencari cebisan kaki dan kepala bayi berkenaan.
Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan siasatan kini dijalankan untuk mengesan ibu bayi itu. HM
No comments:
Post a Comment